JANGAN JUAL NAMA ALLAH SWT DEMI KEPENTINGAN DIRI!!




 Kenyataan seorang anak selebriti terkenal yang juga merupakan pendatang baru dalam dunia nyanyian mengatakan bahawa beliau membuka tudung adalah keputusan peribadi dan merasa lebih dekat dengan Allah SWT serta lebih mendalami agama dengan lebih mendalam adalah satu kenyataan yang dangkal dan dungu. Mengapa ia dikatakan dungu? Ini adalah sebabnya, firman Allah SWT:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..." (QS An – Nur: 31).

Kenyataan seperti ini boleh dikatakan kenyataan egois, mementingkan diri dan bermaksud menunggang agama. Bagaimana keadaannya apabila kamu di dalam keadaan yang aurat terbuka secara berterus terang kata lebih dekat dengan Allah SWT? Kamu itu perempuan Muslim yang mulanya bertudung, mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung atas alasan ingin mendalami agama. Kenyataan dangkal apakah ini?! Jangan kerana kamu terpana dengan godaan dunia maka kamu menjual nama Allah SWT demi kepentingan diri! 

Kamu adalah wanita akil baligh yang sudah pun tahu keadaan aurat wanita Muslim di mana hadnya. Seorang mukmin tidak wajar memikirkan tentang diri sendiri, apatah lagi dalam mengambil mudah soal agama. Sikap ananiah (pentingkan diri) ini amat berbahaya bagi umat manusia secara umumnya. Lebih-lebih lagi dengan meningkatnya kebergantungan hidup di antara kita di dunia hari ini. 

Kembalilah kepada fitrah yang dahulu. Tutuplah aurat dengan sepenuhnya dan itu sebaik – baik jalan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memang benar yang memakai tudung itu tidak semuanya berakhlak baik, tapi andai kata yang berhijab dan tidak berhijab menemui ajal yang sama waktu, sudah pasti yang tidak berhijab ini akan menerima azab seksaan daripada Allah SWT. Kerana apa? Kerana sejak dari awal tidak pernah mengambil peduli perintah Allah SWT untuk menutup aurat. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang ingin diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka hendaklah dia mati dalam keadaan dia beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dia juga memperlakukan manusia sepertimana dia suka manusia melayaninya.” (HR Muslim).


Sumber: Portal muslim.sg

Comments