‘TIDAK BERTUDUNG LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH’ : AKIBAT KEBEBASAN YANG DICANANG LIBERAL, TERGELINCIR AKIDAH ANAK MUDA TANPA SEDAR
Bahayanya fahaman liberal tidak dapat dinafikan. Namun, golongan yang berfahaman liberal atas nama Islam tetap cuba ‘menegakkan benang yang basah’ mentafsir syariat Allah SWT melalui kebebasan demi mencapai matlamat dan kepentingan diri. Akibatnya, anak muda yang rapuh imannya tergugat akidah, akhirnya semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar tanpa sedar.
Hal ini berbangkit berikutan kisah seorang artis muda yang sebelumnya berhijab telah membuat penampilan terbarunya tanpa hijabnya di sebuah acara industri hiburan baru-baru ini. Alasan tindakannya adalah mahu mulakan perjalanan baharu dan memilih untuk belajar mengikut jalan sendiri dalam agama. Beliau juga mengakui bahawa dirinya lebih rapat dengan Allah SWT pada ketika ini meskipun tidak bertudung. Pujian dan sokongan keluarga terhadap tindakan artis muda tersebut terhadap penampilan terbarunya itu menambahkan lagi keyakinannya untuk tidak berhijab, asalkan gembira dan tunaikan solat.
Lihatlah betapa gembiranya mereka dengan ‘penghijrahan’ terbarunya, tanpa sedar pemikiran sebegini telah dipengaruhi oleh fahaman liberalisme yang cuba mencampur adukkan dan mentafsir bebas syariat Islam demi menghalalkan sesuatu perkara yang haram di sisi Islam. Sokongan keluarga terhadap perkara ini menguatkan lagi statistik bahawa betapa parahnya gejala liberalisme ini mempengaruhi minda khususnya umat Islam di Malaysia. Kononnya mahu nampak moden, tapi sesat.
Sedarlah wahai umat Islam, bahawa fahaman liberal yang dibina atas nama Islam dengan jolokan Islam liberal bukanlah sebuah fahaman yang menepati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya ia adalah fahaman sesat yang cuba mengelirukan akidah umat Islam. Sudah banyak kupasan mengenai kesesatan ideologi liberalisme ini diwacanakan dan tersebar luas. Bukak minda, fahami dengan jelas bahawa musuh-musuh Islam sentiasa tidak berhenti untuk melalaikan dan memesongkan umat Islam. Justeru itu, janganlah jatuh terperangkap di dalam perangkap samarnya, kelak merana akidah di kemudian hari. Renung-renungkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- SEP 2-25 dan Berita Harian – 14 SEP 2025
Comments
Post a Comment