TREND PENULARAN ATEISME MENJADI ANUTAN NEGARA ARAB

 


Islam adalah agama rasmi bagi Arab Saudi. Semenjak zaman nabi dahulu tanah Arab sudah tentunya pelaksanaan undang-undang adalah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ini bermakna hukuman hudud diterapkan bagi semua kesalahan jenayah yang dilakukan. 

Pada asasnya, negara Arab telah dinormalisasikan dengan budaya dan pengamalan amal dan tradisi Islam berkah dari nabi dan Rasul terdahulu. Namun begitu, kini Arab Saudi berubah sedikit demi sedikit mengikut acuan ‘dunia barat’ demi pengiktirafan kemajuan, kemodenan dan dasar yang semakin terbuka kepada anasir luar yang dilihat di luar normalisasi ‘arabian’.

Antaranya adalah anasir ateisme. Berdasrkan data agama dunia yang dikeluarkan oleh Universiti Boston berjudul “Report on International Religious Freedom: Saudi Arabia” memperlihatkan trend peningkatan penganut ateis dalam populasi masyarakat di Arab Saudi. Sekitar lima peratus masyarakat Arab kini dan berkemungkinan telah meningkat angkanya ternyata mengaku sebagai ateis.

Antara alasan mereka menganut ateis adalah menganggap pemerintah terlalu terikat dengan hukuman syariat yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, membataskan aktiviti wanita di tempat umum, membataskan akses ke laman sesawang dan media sosial, membataskan kebebasan untuk berbuat apa sahaja yang diingini.

Sedangkan sebaik-baik agama adalah agama Islam. Perundangan yang berasaskan Islam adalah yang terbaik kerana setiapnya mempunyai sebab dan alasan yang telah dijelaskan di dalam helaian kitab suci demi pembentukan peribadi, akhlak dan kesejahteraan sepanjang hidup seseorang manusia itu. Namun, disebabkan pengaruh dan anasir-anasir negatif dari Barat yang tidak terbendung dan boleh diakses di hujung jari, kini mereka lalai dan taksub untuk mengikut budaya barat yang dianggap sebagai ‘role model’ dan justifikasi modernisme. 

Maka, adalah tidak hairan apabila kini dapat dilihat masyarakat Arab tidak bertudung, menganjurkan festival atau konsert berskala antarabangsa dengan menjemput artis seni dari barat termasuk yang menyokong Israel, pembukaan pantai peribadi yang membolehkan pergaulan bebas dan tanpa seurat benang dan sebagainya. Fenomena ini memperlihatkan warga Arab sedang mengalami ‘culture shock’ sehingga tidak hairan lagi dengan perbatasan agama dan hukuman hudud yang menanti.

Justeru itu, ambillah iktibar dari kisah ini. Moga umat Islam di Malaysia tetap terus mempertahankan akidah masing-masing meskipun persekitaran sosial bercampur dengan anasir-anasir negatif yang mengancam keimanan dan menggugat akidah. Meskipun Malaysia menggunakan kaedah hukuman takzir bagi kesalahan jenayah, moga ianya menjadi ‘alat’ terbaik untuk membataskan diri umat Islam dari melakukan perkara-perkara di luar normalisasi agama, mahupun adat demi  menjaga agama, akidah dan kesejahteraan umat Islam di Malaysia 

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – OKT 2025 dan CNN Indonesia


Comments