Apabila kuasa besar mula bercakap tentang merampas wilayah negara lain atas nama “keselamatan”, dunia sebenarnya sedang berdiri di tepi jurang konflik baharu. Donald Trump secara terbuka menyatakan hasrat untuk menguasai Greenland, kononnya bagi mengekang pengaruh China dan Rusia di kawasan Artik. Namun dakwaan itu dinafikan Denmark, yang menegaskan Greenland adalah wilayah berautonomi di bawah kedaulatannya.
Di sebalik naratif keselamatan, tindakan ini dilihat sebagai helah geopolitik untuk menguasai rare earth elements. Amerika Syarikat sebelum ini bergantung kepada China bagi sumber tersebut, namun hubungan yang semakin tegang mendorong Washington mencari alternatif. Greenland yang kaya dengan sumber strategik kini menjadi sasaran baharu — sama seperti pendekatan AS terhadap Venezuela sebelum ini.
Lebih membimbangkan, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Greenland boleh mencetuskan konflik besar kerana Denmark adalah anggota NATO. Serangan terhadap wilayahnya berpotensi mengheret puluhan negara ke dalam konflik berskala global.
Pengajaran untuk Malaysia jelas: kedaulatan dan sumber negara mesti dipertahankan tanpa kompromi. Dunia hari ini bukan ditentukan oleh undang-undang semata-mata, tetapi oleh kekuatan dan prinsip. Negara yang leka akan dipijak, negara yang berpendirian akan dihormati.
Sumber:BERNAMA – 8 JAN 2026

Comments
Post a Comment