ISLAM ITU RAHMAH MENYANTUNI KEPELBAGAIAN MENOLAK EKSTREMIS

 


Islam perlu dizahirkan sebagai agama yang indah, progresif dan membawa kerahmatan kepada seluruh alam, sekali gus memberikan manfaat serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Islam bukan agama jumud dan sempit. Sebab itu adalah tidak menjadi isu apabila umat Islam dikelilingi oleh orang bukan Islam di persekitaran sosialnya.

Ambil sahaja contoh dari semangat piagam Madinanh atau ‘la convivencia Andalus’ yang menekankan perihal taaruf (saling kenal mengenal), tafahamun (saling memahami) dan ta’aqul (menggunakan akal secara mendalam dan bertanggungjawab), sekali gus mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW yang mempersaudarakan antara Aus dan Khazraj serta Ansar dan Muhajirin.

Memperkukuh sikap ihsan, budaya hormat-menghormati, tolong-menolong dan tasamuh, memperkukuh nilai harmoni kerana Islam rahmah kepada semua, iaitu rahmatan lil alamin. Justeru itu, adalah tugas umat Islam perlu menampilkan wajah Islam bersifat rahmah dan Islam yang berkemajuan, bukannya ekstrem tetapi membangun negara dan bertamadun.

Pada masa yang sama, berusahalah membuang gejala takrifi (mengkafirkan orang), tabdi’i (menjatuhkan hukum bidaah) dan tafsiq (melabelkan seseorang sebagai fasik). Islam bukan sahaja berlegar di masjid atau surau, sebaliknya dalam kehidupan seharian. Hal ini secara tidak langsung, Islam dipandang tinggi bukan sahaja oleh umatnya, tetapi jua dihormati oleh penganut agama lain. Dengan sikap sebegitu, manalah tahu hidayah itu terbuka buat mereka. Renung-renungkan.

Sumber: Berita Harian


Comments