NYANYI, JOGET SAMBUT ISRAK MIKRAJ: BILA ADAT DIJUNJUNG AGAMA TERGADAI

 

  


Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan seorang wanita berjoget dan menyanyi di atas pentas dalam majlis sambutan Israk dan Mikraj. Peristiwa besar dalam sejarah Islam yang sepatutnya diperingati dengan penuh penghormatan, keinsafan dan penghayatan rohani, tetapi dicemari adat bersulam liberalisme. 

Tindakan tersebut menimbulkan kegusaran umat Islam kerana jelas bercanggah dengan adab majlis keagamaan serta roh sebenar peringatan Israk dan Mikraj.

Fenomena seperti ini bukan sekadar isu perlakuan individu, tetapi mencerminkan pengaruh pemahaman liberal dalam agama yang semakin berani mencabar batas syariat.

Fahaman liberal cenderung menilai agama melalui lensa kebebasan mutlak dan rasionalisme, sehingga hukum dan adab Islam dianggap fleksibel mengikut selera zaman. Akibatnya, unsur hiburan dan budaya popular dimasukkan ke dalam konteks ibadah tanpa panduan syarak yang sahih.

Dalam manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah, peringatan peristiwa besar seperti Israk dan Mikraj bukan pentas hiburan, sebaliknya medan ibrah, pengukuhan akidah dan penghayatan mukjizat Rasulullah SAW.

Apabila adab diketepikan dan hukum dipermudah atas nama “keterbukaan”, maka berlakulah penyelewengan daripada ajaran Islam yang sebenar.

Kesimpulannya, peristiwa seperti ini menjadi peringatan jelas bahawa pemahaman liberal dalam agama boleh menghakis akidah, merosakkan adab dan memesongkan umat daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah jika tidak dibendung dengan ilmu dan ketegasan.

Rujukan:
Pejabat Mufti Pahang. (2025). Pemikiran Islam Liberal dan Kesannya Terhadap Aqidah Umat Islam

Kosmo - 17 JAN 2026


Comments