‘PASPORT TERBANG’: PENGKHIANAT BANGSA GADAI NEGARA DEMI KEPENTINGAN DIRI

 


Sebelum ini tular kes yang melibatkan salah laku penguatkuasa di sempadan seperti isu ‘counter setting’ dan ‘sindiket fly’, kini timbul pula isu ‘pasport terbang’. Istilah ini adalah merujuk kepada aktiviti haram di mana pasport diproses oleh pegawai imegrisen tanpa kehadiran fizikal pemilik pasport tersebut. Hal ini sudah pastinya melibatkan rasuah dan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin. 

Tujuan Sindiket:
Sindiket menggunakan taktik ini untuk membolehkan warga asing yang telah tamat tempoh tinggal di Malaysia untuk ‘keluar’ dari negara secara sah dalam sistem imigresen tanpa perlu hadir di kaunter, seterusnya membolehkan mereka tinggal lebih lama atau masuk semula.

Modus Operandi:
Ejen akan mengumpul pasport daripada individu terbabit dan membayar pegawai imigresin yang korup untuk mengecop pasport tersebut dalam sistem MyIMMs seolah-olah pemiliknya telah melalui pemeriksaan sempadan.

Berikutan kes ini seramai 41 pegawai Jabatan Imegrisen Malaysia (JIM) telah dikenakan tindakan tatatertib dan 20 dibuang kerja. Inilah tindakan yang tepat bagi memastikan penularan kes rasuah tidak menular dalam pasukan. Tabiat buruk yang seakan telah menjadi normalisasi ini bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam dan pemimpin, malah memberi ancaman pada keselamatan negara. 

Buktinya, kedudukan integriti Malaysia dalam peta dunia menunjukkan indeks integriti semakin merosot dan kekerapan penangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) semakin tinggi membawa keperluan mendesak untuk penambahbaikan demi keselamatan negara.

Justeru itu, sedarlah bahawa isu integriti yang melibatkan keselamatan awam kini berada pada tahap kritikal kerana rasuah dan salah laku dalam agensi keselamatan atau pertahanan negara boleh merosakkan tadbir urus, membahayakan operasi, mengkhianati amanah rakyat dan menjejaskan keupayaan melindungi negara. Jangan kerana kepentingan diri, negara digadaikan. Ayuh banteras pengkhianat bangsa!!!

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2026 dan Harian Metro – 22 JAN 2026


Comments