Data daripada Pew Research Centre yang dilaporkan oleh Euronews menunjukkan bahawa amalan keagamaan di Eropah semakin merosot dalam tempoh 2010 hingga 2020. Golongan yang tidak beragama termasuk ateis dan agnostic merupakan kumpulan yang meningkat paling pesat berbanding penganut agama lain. Trend ini berlaku apabila semakin ramai masyarakat Eropah membesar tanpa didikan agama yang kukuh serta terpengaruh dengan budaya sekularisme dan liberalisme.
Fenomena ini menjadi peringatan penting kepada Malaysia, khususnya umat Islam. Malaysia sebagai negara majoriti Muslim tidak terkecuali daripada pengaruh globalisasi, media sosial dan fahaman Barat yang mengangkat kebebasan mutlak tanpa batas agama. Jika pendidikan akidah, penghayatan Islam dan peranan institusi keluarga semakin lemah, tidak mustahil trend ateisme dan “tidak beragama” boleh menular dalam kalangan generasi muda.
Justeru itu, pengajaran untuk Malaysia, umat Islam perlu memperkukuhkan kefahaman akidah, bukan sekadar pada ritual ibadah tetapi juga dalam pemikiran dan gaya hidup. Pendekatan dakwah yang berhikmah, penggunaan media digital secara bijaksana serta pengukuhan sistem pendidikan Islam amat penting bagi memastikan generasi akan datang tidak terjerumus ke arah fahaman sekular dan ateisme seperti yang berlaku di Eropah. Isu ini bukan sekadar soal agama, tetapi melibatkan jati diri, kestabilan sosial dan masa depan negara.
Sumber: Pew Research Centre, Euronews – 21 JAN 2026

Comments
Post a Comment