Dunia dikejutkan apabila Rusia di bawah kepimpinan Vladimir Putin bertindak mengklasifikasikan pergerakan LGBT sebagai satu bentuk ancaman ekstremis terhadap kestabilan sosial dan nilai tradisi negara. Gerakan ini diletakkan sebaris dengan kumpulan radikal lain seperti al-Qaeda dan ISIS yang dianggap merosakkan struktur masyarakat, walaupun Rusia bukan sebuah negara Islam.
Pada masa yang sama, Agensi Pemantauan Kewangan Rusia (Rosfinmonitoring) memiliki kuasa penuh untuk mengambil langkah drastik membekukan akaun-akaun bank individu mahupun organisasi yang telah disenarai hitamkan dan dilabel sebagai teroris.
Tindakan Rusia ini memperlihatkan satu mesej jelas bahawa ideologi juga boleh menjadi ancaman keselamatan negara, bukan sekadar senjata atau keganasan fizikal. Apabila sesuatu gerakan mencabar norma kekeluargaan, moral awam, institusi agama dan memecah-belahkan masyarakat, ia dilihat sebagai ancaman jangka panjang yang mampu meruntuhkan identiti negara dari dalam.
Persoalannya, Malaysia bila lagi? Sebagai sebuah negara Islam dengan Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, adakah kita sekadar mahu berdiam diri sambil pengaruh liberal dan normalisasi LGBT semakin berakar dalam masyarakat? Jika negara bukan Islam pun tegas mempertahankan nilai tradisi mereka, tidak wajar Malaysia hanya menjadi penonton atas nama “kebebasan” yang disalah tafsir. Ketegasan hari ini adalah benteng keselamatan generasi akan datang.
Sumber: Al-Jazeera
Comments
Post a Comment