‘TUHAN IBU’ DARI KOREA SELATAN: TAKTIK KRISTIANISASI DI MALAYSIA





Pada tahun 2019 sudah tersebar modus operandi misionari kristianisasi dari Korea Selatan masuk ke Malaysia untuk mempengaruhi umat Islam disebalik ‘topeng’ badan kebajikan dan mengetengahkan konsep “Tuhan Ibu”. Pada tahun 2026, misionari yang dibawa oleh kumpulan World Mission Society Church of God (WMSCOG) kembali aktif menyebarkan agendanya di Malaysia. Kini mereka telah mempunyai 33 markas di seluruh Malaysia. 

Antara modus operandi yang digunakan ialah mendekati individu secara peribadi di tempat awam, institusi pengajian tinggi dan melalui media sosial dengan alasan ingin berkongsi ‘kajian kitab’ atau ‘ilmu agama’. Mereka tidak mendedahkan identiti sebenar kumpulan pada peringkat awal, sebaliknya menggunakan pendekatan lembut seperti perbincangan tentang kasih sayang, ibu dan keselamatan akhirat sebelum memperkenalkan konsep ‘Tuhan Ibu’ secara berperingkat.

Pendekatan ini berbahaya kerana ia menyasarkan golongan muda dan umat Islam yang kurang pendedahan ilmu akidah, sekali gus boleh menimbulkan kekeliruan kepercayaan. Konsep ‘Tuhan Ibu’ jelas bercanggah dengan akidah Islam dan juga tidak selari dengan ajaran Kristian arus perdana, menjadikannya satu bentuk dakwah yang mengelirukan dan bersifat manipulatif.

Malaysia sebagai negara majoriti Muslim serta Islam sebagai agama Persekutuan tidak wajar membiarkan penyebaran misionari yang berselindung di sebalik taktik halus ini terus berkembang. Isu ini bukan bertujuan menimbulkan kebencian agama, tetapi sebagai peringatan untuk mempertahankan akidah umat Islam dan menjaga keharmonian masyarakat.

Kesimpulannya, umat Islam perlu lebih berwaspada terhadap sebarang jemputan perbincangan agama yang tidak jelas latar belakangnya. Pada masa yang sama, pihak berkuasa, institusi agama dan masyarakat perlu mempergiat usaha kesedaran agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan agenda Kristianisasi melalui konsep ‘Tuhan Ibu’. Ini adalah ancaman pada negara yang perlu diambil cakna segera sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.

Sumber: [https://alhaqcentremalaysia.com/?p=3455] – Siri 1 
dan https://www.facebook.com/reel/4480131882220717 - Ahmad Iqram Mohamad Noor


 


Comments